Sunday, April 18, 2010

Produk kedua-Minyak But-but



RAMUAN:

Mengandungi lebih 100 jenis herba, termasuk beberapa jenis tumbuhan yang digunakan oleh burung but-but untuk membuat sarang

KEPERCAYAAN:

masyarakat dahulu percaya, mampu untuk merawat tulang yang patah, terseliuh,gigitan serangga, urutan kelelakian dll.

PATAH TULANG:

Minyak ini dipanaskan dahulu dan disapukan pada bahagian yang patah, serta dibalut dengan kain.Selanjutnya penderita juga perlu mengambil Herba RADIX 6 kapsul 2X sehari

BUASIR:

Sapukan di bahagian yang keluar di samping penderita mengambil Herba FICUS.

KEMBUNG PERUT (anak kecil):

Sebaik-baiknya minyak ini dipanaskan dan disapukan pada sehelai daun sirih dan ditempelkan di perut anak tersebut.

LUKA-LUKA KECIL:

Ambil kapas dan basahkan dengan minyak ini, lalu tempelkan di bahagian yang luka.

TERKENA AIR PANAS:

Disapukan perlahan-lahan di bahagian yang sakit, dan jangan dibiarkan bahagian tersebut kering. Bahagian yang terkena air panas tidak akan menggelembung.

GIGITAN SERANGGA ATAU BINATANG BISA:

Ambil kapas dan basahkan dengan minyak ini, lalu ditempelkan di bahagian tersebut. Boleh diminum sekiranya masih terasa bisanya.

ASMA ATAU LELAH (budak kecil):

Minum minyak ini setengah sudu kecil pada waktu malam sebelum tidur sertakan sapukan di bahagian dada dan selimutkannya.

PERUT BUNCIT:

Panaskan minyak ini terlebih dahulu dan urut di bahagian perut berulangkali secara berputar.

WANITA MENOPOUSE:

Menghilangkan kesakitan sewaktu ‘bersama’ suami (mengatasi kekeringan kulit)

DARAH TINGGI DAN LUMPUH:

Panaskan minyak ini dan sapukan di bahagian tengkuk dan seluruh badan

KERACUNAN MAKANAN:

Diminum setengah sudu bersama air suam

BAYI KENCING MALAM:
Minyak ini disapukan disapukan di ari-ari sebelum tidur di samping diberi minum madu asl

SEBAGAI MINYAK URUT UNTUK ‘KELELAKIAN’:

MINYAK BUT-BUT ini juga membantu melancarkan perjalanan darah terutama pada bahagian bawah pusat. Minyak ini juga akan merangsang sistem refleksi untuk meningkatkan tahap ketegangan alat kelamin lelaki. Baik digunakan oleh lelaki yang gagal mencapai tahap ketegangan penuh atau impotensi.

KOMPOSISI KANDUNGAN MINYAK BUT-BUT

Kaemferia galanga 1.5 g
Melaleuca leucodendron 2 g
Cocos nucifera oil 50 ml
Eugenia aromatica 2 g
Tinospora crispa

TANGGUNGJAWAB MENYOKONG PERNIAGAAN MUSLIM


Sikap tolong menolong, bantu membantu dan jamin-menjamin sesama muslim di dalam perkara makruf atau kebaikan adalah merupakan tuntutan al-ukhuwwah al-Islamiyyah (persaudaraan Islam). Seseorang muslim sentiasa berusaha membantu saudara muslimnya yang lain. Membantu sesama muslim adalah antara tanggungjawab yang mesti dipikul oleh bahu setiap yang beriman dengan ayat Allah (maksudnya) “Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara” (Surah al-Hujurat ayat 10).

Bagi membuktikan persaudaraan islam yang tulin, baginda Nabi s.a.w. menghuraikan di dalam hadithnya, daripada Abi Musa r.a., sabda Nabi s.a.w.: “Bandingan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain bagaikan satu bangunan, kuat-menguatkan antara satu sama lain”. (riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Seperti yang kita maklumi, pembabitan umat Islam di tanahair kita dalam bidang perniagaan masih dalam keadaan yang tidak kukuh. Para peniaga muslim menghadapi cabaran yang kuat di sudut persaingan. Agak sukar untuk kita dapati pasaraya-pasaraya besar dimiliki oleh muslim atau memasarkan barangan keluaran muslim. Ini berlaku disebabkan faktor-faktor tertentu, mungkin salah satunya perkauman.

Di samping itu kedai yang dimiliki oleh umat Islam juga jumlahnya terhad. Demikian juga barangan produk muslim lebih terhad. Lebih daripada itu, kita dapati agak sukar selain daripada muslim membeli barangan produk umat Islam. Keadaan ini tentu akan menjadi lebih buruk sekiranya umat Islam sendiri tidak membeli di gerai, kedai dan pasaraya yang dimiliki oleh saudara muslim mereka. Demikian juga keadaan menjadi lebih buruk sekiranya umat Islam tidak membantu membeli produk muslim.

Padahal dalam keadaan sebeginilah setiap umat Islam lebih dituntut melahirkan sikap persaudaraan Islam. Menghasilkan produk keluaran muslim adalah suatu kewajipan agar kita bebas dan tidak bergantung kepada orang lain. Demikian juga membeli produk muslim, atau di kedai dan pasaraya yang dimiliki oleh orang Islam adalah kewajipan agar tanggungjawab tersebut berjaya disempurnakan. Juga menunaikan tanggungjawab bantu membantu dalam menguatkan umat. Ianya juga menguatkan ekonomi umat. Sekiranya individu umat memiliki kuasa harta serta mereka beriman dan beriltizam, maka masyarakat Islam sekaligus akan menjadi kuat.

Al-Syeikh Mustafa Khin di dalam Nuzhah al-Muttaqin ketika menghuraikan hadith “Bandingan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain bagaikan satu bangunan, kuat-menguatkan antara satu sama lain” di atas, menyebut: Bandingan yang dibuat dalam hadith ini bertujuan menggalakkan bantu membantu dan tolong menolong sesama mukmin. Ini adalah perkara yang mesti dilakukan, kerana pembinaan umat tidak akan sempurna dan berhasil kecuali sebahagian umat membantu dan menguatkan sebahagian yang lain. Seorang mukmin tidak dapat bersendiri dalam urusan dunia dan agamanya, ianya semesti memerlukan pertolongan dan bantuan saudaranya yang mukmin. Jika tidak, dia akan gagal menunaikan tanggungjawabnya dan akan cacatlah peraturan dunia dan akhiratnya serta akan termasuk dalam golongan yang binasa (Mustafa al-Khin, Nuzhah al-Muttaqin, jld 1, m.s. 199,cetakan: Muassasah al-Risalah, Beirut).

Jika ada peniaga muslim di sesuatu tempat, pembeli muslim yang lain hendak membantunya dengan membeli daripadanya. Janganlah dijadikan perbezaan harga yang sedikit menjadi ukuran. Ini kerana kita tahu, kekuatan ekonomi saudara kita masih lemah dalam menghadapi persaingan. Jadikan akidah dan persaudaraan lebih utama, dan anggaplah membeli daripada saudara kita yang muslim adalah ibadah.

Demikian juga jika ada barangan keluaran muslim, pembeli muslim yang lain hendaklah membeli daripadanya. Jangan jadikan perbezaan rasa dan kualiti yang sedikit, menyebabkan kita menggadaikan persaudaraan kita. Membeli barangan saudara kita yang muslim adalah ibadah. Apatah lagi dalam keadaan kita sedang berusaha membangkit umat yang kebelakang dalam persaingan ekonominya. Ini semua menunaikan apa yang digesa di dalam hadith yang sahih, sabda Nabi s.a.w: “Bandingan golongan mukminin di dalam kasih-sayang, simpati dan tolong menolong antara satu sama lain seperti satu jasad. Sekiranya satu anggota mengadu kesakitan, maka seluruh anggota akan berjaga malam dan demam panas” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Bayangkan kalau semua rumah muslim menggunakan barang keperluan makanan hariannya seperti rempah, sos, kicap, minyak masak dan lain-lain keluaran muslim, betapa kita telah menguatkan ekonomi saudara-saudara kita para peniaga muslim, dan memastikan wang kita sebagai pembeli muslim mengalir kepada saudara kita muslim yang lain. Terngamakkah kita menggunakan barangan “orang lain” dan meninggalkan barangan saudara muslim kita. Iman yang tulin membantah tindakan ini. Bahkan dalam arus persaingan yang ada, kita sebenarnya mengkhianati saudara kita para peniaga muslim, yang sedang melaksanakan fardu kifayah mengeluarkan barangan tersebut.

Sabda Nabi s.a.w.: “Seorang muslim itu saudara muslim yang lain. Dia tidak akan mengkhianatinya, mendustainya dan menghinanya. Setiap muslim haram (mencemar) maruah, harta dan darah muslim yang lain. Taqwa itu di sini (hati). Cukuplah untuk dianggap seseorang melakukan kejahatan dengan dia menghina saudara muslimnya. (Riwayat al-Tirmizi, kata hadith ini hasan. Kata al-Sakhawi: Ianya hasan sahih)

Ibn `Allan (meninggal 1057H) ketika menghuraikan maksud “tidak mengkhianatinya”, berkata: “mengkhianatinya ialah mengurangkan haknya yang mesti ditunaikan iaitu tolong menolong dan bantu membantu” (Ibn `Allan, Dalil al-Falihin, jld. 1, m.s. 17, cetakan: Dar al-Fikr, Beirut)

Hadith-hadith lain begitu banyak yang menunjukkan betapa seorang muslim wajib menolong saudaranya muslim yang lain. Seperti yang disebutkan tadi, suasana persaingan yang ada menuntut untuk semangat ukhuwwah dipertingkatkan. Malangnya sebahagian kuliah-kuliah hambar di masjid dan surau tidak menekan peri pentingnya hal ini. Sehingga kita menjadi lemah. Pengusaha-pengusaha muslim tidak mendapat sokongan daripada saudara seakidahnya sendiri.

Bayangkan sekiranya setiap kedai makan dan restoran yang dimiliki oleh orang muslim yang tumbuh bagaikan cendawan kebelakangan ini menggunakan produk buatan muslim, betapa kita berjaya menguatkan ekonomi umat membantu antara satu sama lain. Bayangkan setiap perniagaan muslim mendapat sokongan daripada saudara muslim yang lain. Tentu wang umat akan berkisar sesama umat dan penglibatan muslim dalam bidang perniagaan akan dapat ditingkatkan.

Berdasarkan hadith-hadith yang disebutkan, nyata membeli barangan muslim dengan niat persaudaraan Islam dan ingin membantunya adalah ibadah. Dalam kata lain, pembeli muslim bukan sahaja memperolehi barang, tetapi dia juga memperolehi pahala. Jika ada sedikit sebanyak kekurangan, dalam suasana lemah dan persaingan yang ada, kita hendaklah menasihati saudara kita penjual muslim dan bersabar.

Di sudut para peniaga muslim pula, mereka hendaklah mengamalkan akhlak Islam dalam perniagaan. Proses menghidupkan suasana tolong menolong di dalam memajukan perniagaan muslim tidak akan berjaya jika tidak wujudnya kesedaran dari kedua belah pihak. Perkara yang paling buruk sekali di dalam perniagaan ialah penipuan. Peniaga muslim ketika mengendalikan perniagaan, atau mengeluarkan produknya hendaklah amanah dan sama sekali mengelakkan anasir penipuan di dalam perniagaan. Para penipu umat tidak termasuk di kalangan umat Nabi s.a.w. dan tidak layak mendapat pertolongan di dalam kalangan masyarakat muslim yang kita idamkan.

Dalam hadith riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w. lalu di hadapan selonggok makanan (untuk dijual), lalu baginda memasukkan tangan baginda ke dalamnya. Kemudian di dapati jari baginda lembab. Bagianda bertanya: Apa ini wahai tuan punya makanan?. Jawabnya: Ianya terkena hujan, wahai Rasululallah!. Baginda lantas bersabda: “Mengapa engkau tidak letak ianya di atas, sehingga orang boleh lihat?!!. Sesiapa yang menipu kami dia bukan dari kalangan kami”. Di dalam hadith yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bagi setiap yang belot (menyalahi janji) ada bendera pada hari kiamat, dikatakan inilah pengkhianat si pulan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Kata Dr. Muhammad `Ali al-Hasyimi: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. begitu keras terhadap penipuan, tipu daya dan pemungkir janji, tidak memadai sekadar mencampak jauh penipu dan pengkhianat janji dari masyarakat muslimin di dunia, bahkan mengistiharkan bahawa setiap pemungkir janji akan dihimpunkan pada hari kiamat dalam keadaan dia membawa bendera penipuan” (Dr. Muhammmad `Ali al-Hasyimi, Syakhsiah al-Muslim, m.s. 164, cetakan: Dar al-Basyair al-Islamiyyah, Beirut)

Berbekalkan perasaan takutkan azab Allah pada hari kiamat, para peniaga muslim mengeluarkan produknya, atau mengendalikan perniagaan dengan penuh amanah dan tanpa sebarang tipu daya. Masyarakat Islam pula berusaha membeli barangan para peniaga saudara muslim mereka yang dijamin kejujurannya. Para pembeli dalam masyarakat Islam beribadah ketika membeli, sementara para peniaga pula beribadah ketika menguruskan peniagaan dengan jujur dan amanah. Hasilnya para peniaga muslim mendapat jaminan pasaran daripada saudara-saudara muslim mereka, sementara para pembeli mendapat barangan yang dijamin kejujuran pengurusan dan produknya. Jaminan ini tidak tertera di atas kertas perjanjian rasmi, tetapi ianya adalah jaminan iman dan taqwa yang melahirkan ukhuwwah islamiyyah atau persaudaraan islam yang melebihi segala persaudaraan dan perjanjian.

Firman Allah: “Bertolong menolonglah kamu di dalam kebaikan dan taqwa, dan janganlah kamu tolong menolong di dalam dosa dan permusuhan” (Surah al-Maidah, ayat 2)

Di samping itu, perlu diingatkan bahawa para peniaga muslim perlulah memastikan kualiti dalam pengeluaran dan pengurusan. Ini kerana sikap yang amanah sahaja, tanpa kualiti barangan tidak akan dapat memenuhi sasaran. Al-Quran menyebut: "Sesungguhnya sebaik-baik orang yang hendak engkau ambil bekerja ialah yang kuat (berkemampuan) dan amanah (dipercayai)." (Surah al-Qasas, ayat 26).

Kelayakan mengendali sesuatu urusan mestilah bergabungnya dua faktor; pertama amanah, kedua; kemampuan atau kemahiran. Sekiranya peniaga muslim menggabungkan di dalam dirinya sikap amanah berserta kualiti perniagaan, maka dia memberikan khidmat yang memuaskan hati umat yang sedang bersiap untuk membantu mereka dengan cara membeli produk-produk yang dikeluarkan. Bersemaraklah suasana tolong menolong di atas dasar taqwa.

Juga antara ciri tolong-menolong ialah memudahkan pembeli. Sebagai contohnya; adalah mendukacitakan, apabila kita dapati ada kedai runcit muslim yang sebahagian barangan penting yang menjadi keperluan tidak dijual di dalamnya. Bila ditanya, jawab empunya kedai “untungnya tidak seberapa” atau “untungnya tipis”. Tidakkah dia berfikir sekiranya dia menyediakan barangan tersebut dia telah memudahkan pembeli yang datang ke kedainya, supaya mereka tidak perlu ke kedai lain lagi. Dalam masa yang sama ianya adalah tarikan kepada pembeli dan memudahkan urusan mereka. Memudahkan urusan orang lain adalah ibadah, dan juga membawa faedah kepada perniagaan. Perkara seperti ini sepatutnya difahami dengan baik oleh peniaga muslim. Dalam hadith Nabi s.a.w. bersabda: “..engkau menolong orang lain mengangkat barang ke atas kenderaannya adalah sedekah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Tentulah peniaga yang menolong pembeli memudah kerja pembelinya adalah sedekah. Demikian dia berniaga dan beribadah.

Hendaklah kita semua meniru apa yang dilakukan oleh kaum al-`Asy`ariyin (kaum Abu Musa al-`Asy`ari) yang sentiasa tolong menolong antara mereka. Rasulullah s.a.w. memuji mereka, sabda baginda: “Sesungguhnya kaum al-`Asy`ariyin apabila keluar berperang, atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan dalam satu bekas dengan sama rata. Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Maksud “ Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka” ialah menggambarkan redhanya Nabi s.a.w. dengan tindakan mereka. Betapa yang mereka lakukan menepati ketaatan kepada Allah.

Hadith ini memperlihatkan betapa sikap tolong menolong dan bantu membantu sesama sendiri dalam keadaan terdesak sangat dituntut. Demikianlah membeli barangan muslim dalam keadaan kekuatan ekonomi tidak berada di tangan umat adalah lebih dituntut. Ini bukanlah menggambarkan sikap jumud dan taksub kepada puak. Nabi s.a.w. dalam hadith di atas memuji kaum al-`As`ariyin yang sentiasa tolong menolong sesama sendiri dan tidak menganggap itu sebagai sikap berpuak yang dicemuh. Sebaliknya baginda memuji mereka. Kata al-Syeikh Muhammad al-Mubarak ketika menghuraikan hadith di atas: “Sesungguhnya Nabi s.a.w. memerangi `asabiyyah (perkauman) yang semata-mata disebabkan keturunan, lalu menggantikannya dengan ikatan akidah dan prinsip. Namun baginda menganggap kaum al-`As`ariyin sebahagian daripada baginda. Ini disebabkan prinsip yang sama iaitu jamin-menjamin dan bantu membantu dalam harta. Juga membahagikan harta sesama sendiri dalam hal darurat dan keperluan. (Muhammad al-Mubarak, Nizam al-Islam, mabadik wa qawa`id `ammah, m.s. 134, Dar al-Fikr, Beirut).

Selagi kita tidak dapat membina kekuatan ekonomi umat, sehingga kita mampu berdiri dengan sendirinya, kita akan terus menjadi umat yang lemah. Umat wajib terus berusaha mengeluarkan berbagai produk dan keperluan sehingga kita tidak bergantung kepada orang lain. Setiap individu muslim hanya ada dua pilihan di hadapannya, sama ada dia menjadi pengeluar barangan atau pembeli barang keluaran saudara muslimnya yang lain. Mereka yang tidak menyertai kempen ini, melupai bahawa diri mereka adalah satu juzuk daripada umat, juga melupai tanggungjawab ukhuwwah islamiyyah.

Maulana Abu Hasan `Ali al-Nadwi r.h. pernah mengkritik dunia Arab dalam tulisannya dengan menyatakan: “Mestilah bagi dunia Arab sebagai dunia Islam bebas (memiliki sendiri) dalam perniagaan, harta, industri dan pendidikan. Bangsa mereka tidak boleh memakai melainkan apa yang tumbuh di buminya dan ditenun dengan tangannya…sesungguhnya dunia Arab tidak dapat dapat memerangi Barat- jika keadaan memerlukan demikian- selagi meraka memerlukan Barat dalam soal harta, pakaian dan barangan. Tidak ada pena yang digunakan untuk menandatangani sesuatu perjanjian dengan Barat, melainkan pena tersebut dibuat di Barat. Tidak ada senjata yang digunakan untuk memerangi Barat, melainkan senjata itu dibuat di Barat. Sesungguhnya adalah memalukan apabila umat Arab tidak dapat mengambil manfaat daripada sumber kekayaan dan kekuatan mereka sendiri. Adalah memalukan apabila air kehidupan yang mengalir di dalam urat mereka akhirnya sampai ke tubuh orang lain..” (Abu Hasan `Ali al-Nadwi, Maza khasira al-`Alam bi Inhitat al-Muslimin, m.s. 416, cetakan: Maktab al-Sunnah, Kaherah).

Marilah kita mengambil pengajaran daripada apa yang disebut oleh Maulana Abu Hasan `Ali al-Nadwi ini agar kita bersegera membaiki diri dan kekuatan umat. Umat Islam di tanahair kita jumlahnya banyak, kita memiliki kuasa membeli yang tinggi, malangnya kita tidak tahu bagaimana mengalirkannya dengan tepat.

Saturday, April 17, 2010

Khinzir....kenapa? bagaimana?


Allah berfirman di dalam Al-Quran: "Sesungguhnya Allah mengharamkankepadamu bangkai, darah dan daging babi." (Surah Al-Baqarah ayat 173)Dengan dalil ini jelaslah kepada kita bahawa daging babi danproduk-produknya diharamkan oleh Allah secara mutlak ke atas umatIslam. Setiap perkara yang diharamkan Allah pasti mempunyai sebab danrahsianya.


Penyakit Dan Jangkitan Daripada Babi


Daniel S. Shapiro, M.D., Pengarah Clinical Microbiology Laboratories,Boston Medical Center, Massachusetts dan juga merupakan PenolongProfesor Perubatan di Pathology and Laboratory Medicine, Boston University School of Medicine, Massachusetts, merumuskan terdapatlebih daripada 25 penyakit yang boleh di jangkiti dari babi.243 Diantaranya ialah:

• Anthrax

• Ascaris suum

• Botulism

• Brucella suis

• Cryptosporidiosis

• Entamoeba polecki

• Erysipelothrix shusiopathiae

• Flavobacterium group IIb-like bacteria

• Influenza

• Leptospirosis

• Pasteurella aerogenes

• Pasteurella multocida

• Pigbel

• Rabies

• Salmonella cholerae-suis

• Salmonellosis

• Sarcosporidiosis

• Scabies

• Streptococcus dysgalactiae (group L)

• Streptococcus milleri

• Streptococcus suis type 2 (group R)

• Swine vesicular disease

• Taenia solium

• Trichinella spiralis

• Yersinia enterocolitica

• Yersinia pseudotuberculosis


Kajian yang dibuat oleh Alix Fano (M.A.), Murry J. Cohen (M.D.),Marjorie Cramer (M.D.,F.A.C.S.), Ray Greek (M.D.), dan Stephen R.Kaufman (M.D.) mendapati antara penyakit-penyakit ini ada yang boleh membawa maut, sebagai contoh leptospirosis. Ia boleh menyebabkankerosakan hati dan buah pinggang.


Babi Dan Pandangan Tokoh-Tokoh Perubatan ChinaOrang-orang Cina banyak membuat pengamatan dan kajian tentang babi dansesetengah pandangan mereka dibukukan untuk pengetahuan umum. Sebagai contoh dalam sebuah Jurnal Kesihatan Cina yang amat terkenal suatu ketika dahulu iaitu Yan Show Tan disebutkan, "Di saat kematian,perasaan takut akan memasuki hati babi dan nafasnya yang terakhir memasuki hempedunya. Semua daging adalah berkhasiat melainkan daging babi.


Jangan makan dagingnya."Di zaman Dinasti Tang terdapat seorang tabib yang amat terkenalbernama Sun See Mao. Beliau hidup sampai ke umur 100 tahun danmengarang sebuah buku yang bertajuk Sheh Shen Lu (Catatan-CatatanKesihatan).


Di antara isi-isinya ialah, "Daging babi merangsangpenyakit-penyakit lama, menyebabkan kemandulan, penyakit sakit tulangdan asma."Di zaman Dinasti Ming pula, terdapat seorang tabib yang bernama LeeShih Ch'en. Beliau amat dihormati dan mengarang 50 jilid buku-buku perubatan atau Materia Medica dan berhubung daging babi beliauberkata, "Ia boleh mendatangkan kesan berbahaya."


Secara umumnya tokoh-tokoh China zaman dahulu melarang seseorangmemakan daging babi disebabkan pelbagai kemudaratan yang boleh menimpake atas manusia yang memakannya.Virus-Virus Baru Keluaran BabiJangkitan kuman virus influenza pada tahun 1918 telah membunuh lebihkurang 20 juta manusia di seluruh dunia.


Ada yang menganggarkanmangsa-mangsanya yang sebenarnya berjumlah 40 juta orang. Mengikutbeberapa kajian, kuman virus yang menyebabkan epidemik ini datang daribabi-babi di Amerika. Ia menjangkiti tentera-tentera Amerika padaPerang Dunia I dan tentera-tentera ini kemudiannya membawa danmenyebabkan jangkitan di negara-negara lain. Kajian ke atasspesimen-spesimen mangsa menunjukkan, punca wabak ini adalah daripadakuman virus yang datangnya daripada babi.Alix Fano, pengarang buku Lethal Laws – Animal Testing, Human Healthand Environmental Policy, merangkap Pengarah Medical ResearchModernisation Committee mengesahkan, kuman-kuman virus dari babi mampuberubah dan menjadi lebih berbahaya (mutations) dari masa ke semasa.


Pada bulan Mac, 1997, ahli-ahli sains Britain melaporkan penemuan kuman berbahaya retroviruses PERVS dari babi. Virus ini membiak di dalam tabung uji yang mempunyai sel-sel buah pinggang manusia dan iamerebak melalui cecair yang ada pada tubuh manusia dan ini menyebabkania mudah menjangkiti orang lain.


Pada bulan November, 1997, Dr. Robin Weiss dari Chester Beatty Laboratory, London mengesahkan kewujudan virus PERV di dalam babi.Penemuan ini menyebabkan Kerajaan British mengharamkan kesemuaaktiviti pembedahan pemindahan alat / organ dari babi kepada manusia.Pada bulan Ogos 1997, pakar-pakar sains dari Australia menemui satulagi virus baru yang menjangkiti babi sebelum menyerang manusia.


Ia amat berbahaya kepada manusia dan belum pernah ditemui sebelum ini dandikenali sebagai virus menangle dari kumpulan paramyxovirus.Secara umumnya, sejak tahun 1997, ahli-ahli sains menemui beberapakuman virus keluaran babi yang boleh menjangkiti manusia.


Kuman-kumanini belum pernah ditemui sebelum ini, antaranya ialah,

• Porcine Torovirus.

• Porcine Rotavirus (Variant 4F)

.• PRRS (Porcine Reproductive and Respiratory Syndrome Virus).

• H3N2 Swine Flu Virus.


Babi Mengubah Virus Ke Tahap Berbahaya. Dalam Journal of Virology 1997 dilaporkan kajian yang dilakukan oleh12 orang pakar-pakar sains yang dipimpin oleh Dr. Yoshihiro Kawaokadari Universiti Wisconsin. Penemuan mereka jelas menunjukkan pada kerongkong babi terdapat sel-sel tertentu yang mampu mengubah pelbagaikuman virus kepada bentuk yang berbahaya.


Pakar-pakar sains menganggapbabi sebagai mixing vessel atau 'tempat pelbagai kuman bertakungsebelum diubah ke bentuk yang berbahaya.' Mengikut kajian itu jugavirus binatang yang biasanya tidak menjangkiti manusia akan bertukarmenjadi kuman yang berbahaya yang boleh menjangkiti dan membunuhmanusia, selepas melalui perubahan di dalam babi. Penemuan ini mampumemberi jawapan kepada punca empat wabak penyakit demam selesema fluyang menyerang dan membunuh jutaan manusia pada abad ini.


Ia bermuladengan serangan Spanish flu pada tahun 1918, diikuti dengan Asian flupada tahun 1957, Hong Kong flu 1968 dan Russian flu pada tahun 1977.Kajian-kajian oleh ahli-ahli sains menunjukkan kuman-kuman pembunuhini dikeluarkan oleh babi sebelum menjangkiti manusia sejagat,terutamanya wabak pada tahun 1918.


Tambahan dari itu, BBC News Online bertarikh 29 Oktober, 1999melaporkan virus babi menjadi punca berlakunya wabak yang paling terukdalam sejarah dunia moden pada tahun 1918. Ahli-ahli sains jugamendapati wabak yang menyerang Hong Kong baru-baru ini jugaberkemungkinan besar berpunca dari virus babi.


Mengikut Dr. Virginia Hinshaw, Dekan di Graduate School Universiti Wisconsin-Madison, virus sentiasa berubah kepada bentuk yang lain dan babi merupakan satu takungan yang mampu mengubah virus flu kepadabentuk yang lain itu.


Yang membimbangkan ialah, sistem pertahananmanusia tidak mampu menangkis serangan dari virus-virus ini.Tambahan dari itu, terdapat virus dari keluarga HIV yang wujud didalam babi. Virus ini di bawa oleh DNAnya dan ia tid€ak bolehdipisahkan. Profesor Robin Weiss, seorang pakar dalam bidang virologidari Institut Kajian Kanser, London berkata, " Babi mempunyai banyakkuman virus.


Salah satu masalah yang perlu kita hadapi ialah babimempunyai kuman retrovirus yang boleh menjangkiti manusia. Ia tidakdapat dibuang dari babi kerana ia dibawa oleh benih DNAnya. Retrovirusini adalah dari keluarga yang sama dengan kuman HIV."Babi Dengan Masalah Yang BerterusanSejak dari zaman dahulu lagi tokoh-tokoh tabib China dari Dinasti Tangdan Ming mengingatkan manusia tentang bahaya daging babi. Kemudianpada abad kedua puluh, terutamanya di sekitar tahun 50an, duniadikejutkan dengan cacing trichina dari babi yang menjadi penyebabkepada penyakit trichinusis.


Tidak ada ubat yang boleh membunuhnyaketika itu. Di Amerika, amaran terpaksa dikeluarkan tentang bahayamemakan daging babi, sebagai contoh, amaran yang dikeluarkan oleh Dr.Glen Shepard dalam Washington Post bertarikh 31 Mei 1952. Pada hariini, masalah trichinusis telah dapat diatasi namun timbul pulakuman-kuman baru seperti virus flu yang lebih berbahaya yang bolehmenyebabkan wabak yang membunuh di seluruh dunia.


Apabila Allah mengharamkan sesuatu, ia pastinya suatu yang keji dan memudaratkan.Nukilan,Dr. Danial bin Zainal Abidin (M.B.Ch.B., Universiti Alexandria)Beliau ialah Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy,Pengamal Perubatan selama 20 tahun,Motivator Radio Malaysia Pulau Pinang selama 10 tahun,Penulis 10 buah buku, Kolumnis Majalah-iPemudah Cara Pelbagai Korporat dan Institusi,Penasihat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa.

Kenali "Produk Killer "hpa -radix


Kandungan kopi radix



1.Tongkat Ali : afrodisiak (menambah tenaga kelelakian, melambatkan menopouse untuk wanita dan sumber kalsium organik untuk tulang


2.Mata pelanduk : diuretik (melancarkan urin, merawat sakit sendi dan ghout)


3.Teja lawang : karminatif (membuang angin dalam badan iaitu angin segah, angin sendi dan angin darah)


4.Mengkudu hutan : laxatif (baik untuk sistem penghadaman, mencegah kanser usus dan menghilangkan asma


5.Tebu gajah : antidot (membuang keracunan, baik untuk pesakit kencing manis)


6.Halban hitam : imuniti (baik untuk sistem pertahanan badan dan menguatkan otot tubuh)


7.Larak hutan : kardiotonik ( sebagai penambah tenaga terutama untuk ibu-ibu lepas bersalin dan herba untuk awet muda)

Jom Taaruf dengan Akh Zhaf

Nama penuh : Ahmad Zhafri bin Md Noor

Nama kunyah : Akh Zhaf , Abu Mukhtar , Zhaf , Adik Nik

Asal : Nilam Puri ,Kota Bharu Kelantan.

Pendidikan : 2001-2004 -Sultan Ismail College (Kota Bharu)
2004-2005 -Maktab Rendah Sains Mara Beseri
2006-sekarang- Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang

Keluarga : Anak ke 3 daripada 4 orang adik beradik

Moto hidup : "Demi Allah ...untuk Allah..."

Laman blog : http://deafeningsilent.blogspot.com
http://cetusanfikrahdanpemikiran.blogspot.com

Emel : welcome2mylife_zhaf@yahoo.com.my

Nombor telefon : 0194554508