Saturday, April 17, 2010

Khinzir....kenapa? bagaimana?


Allah berfirman di dalam Al-Quran: "Sesungguhnya Allah mengharamkankepadamu bangkai, darah dan daging babi." (Surah Al-Baqarah ayat 173)Dengan dalil ini jelaslah kepada kita bahawa daging babi danproduk-produknya diharamkan oleh Allah secara mutlak ke atas umatIslam. Setiap perkara yang diharamkan Allah pasti mempunyai sebab danrahsianya.


Penyakit Dan Jangkitan Daripada Babi


Daniel S. Shapiro, M.D., Pengarah Clinical Microbiology Laboratories,Boston Medical Center, Massachusetts dan juga merupakan PenolongProfesor Perubatan di Pathology and Laboratory Medicine, Boston University School of Medicine, Massachusetts, merumuskan terdapatlebih daripada 25 penyakit yang boleh di jangkiti dari babi.243 Diantaranya ialah:

• Anthrax

• Ascaris suum

• Botulism

• Brucella suis

• Cryptosporidiosis

• Entamoeba polecki

• Erysipelothrix shusiopathiae

• Flavobacterium group IIb-like bacteria

• Influenza

• Leptospirosis

• Pasteurella aerogenes

• Pasteurella multocida

• Pigbel

• Rabies

• Salmonella cholerae-suis

• Salmonellosis

• Sarcosporidiosis

• Scabies

• Streptococcus dysgalactiae (group L)

• Streptococcus milleri

• Streptococcus suis type 2 (group R)

• Swine vesicular disease

• Taenia solium

• Trichinella spiralis

• Yersinia enterocolitica

• Yersinia pseudotuberculosis


Kajian yang dibuat oleh Alix Fano (M.A.), Murry J. Cohen (M.D.),Marjorie Cramer (M.D.,F.A.C.S.), Ray Greek (M.D.), dan Stephen R.Kaufman (M.D.) mendapati antara penyakit-penyakit ini ada yang boleh membawa maut, sebagai contoh leptospirosis. Ia boleh menyebabkankerosakan hati dan buah pinggang.


Babi Dan Pandangan Tokoh-Tokoh Perubatan ChinaOrang-orang Cina banyak membuat pengamatan dan kajian tentang babi dansesetengah pandangan mereka dibukukan untuk pengetahuan umum. Sebagai contoh dalam sebuah Jurnal Kesihatan Cina yang amat terkenal suatu ketika dahulu iaitu Yan Show Tan disebutkan, "Di saat kematian,perasaan takut akan memasuki hati babi dan nafasnya yang terakhir memasuki hempedunya. Semua daging adalah berkhasiat melainkan daging babi.


Jangan makan dagingnya."Di zaman Dinasti Tang terdapat seorang tabib yang amat terkenalbernama Sun See Mao. Beliau hidup sampai ke umur 100 tahun danmengarang sebuah buku yang bertajuk Sheh Shen Lu (Catatan-CatatanKesihatan).


Di antara isi-isinya ialah, "Daging babi merangsangpenyakit-penyakit lama, menyebabkan kemandulan, penyakit sakit tulangdan asma."Di zaman Dinasti Ming pula, terdapat seorang tabib yang bernama LeeShih Ch'en. Beliau amat dihormati dan mengarang 50 jilid buku-buku perubatan atau Materia Medica dan berhubung daging babi beliauberkata, "Ia boleh mendatangkan kesan berbahaya."


Secara umumnya tokoh-tokoh China zaman dahulu melarang seseorangmemakan daging babi disebabkan pelbagai kemudaratan yang boleh menimpake atas manusia yang memakannya.Virus-Virus Baru Keluaran BabiJangkitan kuman virus influenza pada tahun 1918 telah membunuh lebihkurang 20 juta manusia di seluruh dunia.


Ada yang menganggarkanmangsa-mangsanya yang sebenarnya berjumlah 40 juta orang. Mengikutbeberapa kajian, kuman virus yang menyebabkan epidemik ini datang daribabi-babi di Amerika. Ia menjangkiti tentera-tentera Amerika padaPerang Dunia I dan tentera-tentera ini kemudiannya membawa danmenyebabkan jangkitan di negara-negara lain. Kajian ke atasspesimen-spesimen mangsa menunjukkan, punca wabak ini adalah daripadakuman virus yang datangnya daripada babi.Alix Fano, pengarang buku Lethal Laws – Animal Testing, Human Healthand Environmental Policy, merangkap Pengarah Medical ResearchModernisation Committee mengesahkan, kuman-kuman virus dari babi mampuberubah dan menjadi lebih berbahaya (mutations) dari masa ke semasa.


Pada bulan Mac, 1997, ahli-ahli sains Britain melaporkan penemuan kuman berbahaya retroviruses PERVS dari babi. Virus ini membiak di dalam tabung uji yang mempunyai sel-sel buah pinggang manusia dan iamerebak melalui cecair yang ada pada tubuh manusia dan ini menyebabkania mudah menjangkiti orang lain.


Pada bulan November, 1997, Dr. Robin Weiss dari Chester Beatty Laboratory, London mengesahkan kewujudan virus PERV di dalam babi.Penemuan ini menyebabkan Kerajaan British mengharamkan kesemuaaktiviti pembedahan pemindahan alat / organ dari babi kepada manusia.Pada bulan Ogos 1997, pakar-pakar sains dari Australia menemui satulagi virus baru yang menjangkiti babi sebelum menyerang manusia.


Ia amat berbahaya kepada manusia dan belum pernah ditemui sebelum ini dandikenali sebagai virus menangle dari kumpulan paramyxovirus.Secara umumnya, sejak tahun 1997, ahli-ahli sains menemui beberapakuman virus keluaran babi yang boleh menjangkiti manusia.


Kuman-kumanini belum pernah ditemui sebelum ini, antaranya ialah,

• Porcine Torovirus.

• Porcine Rotavirus (Variant 4F)

.• PRRS (Porcine Reproductive and Respiratory Syndrome Virus).

• H3N2 Swine Flu Virus.


Babi Mengubah Virus Ke Tahap Berbahaya. Dalam Journal of Virology 1997 dilaporkan kajian yang dilakukan oleh12 orang pakar-pakar sains yang dipimpin oleh Dr. Yoshihiro Kawaokadari Universiti Wisconsin. Penemuan mereka jelas menunjukkan pada kerongkong babi terdapat sel-sel tertentu yang mampu mengubah pelbagaikuman virus kepada bentuk yang berbahaya.


Pakar-pakar sains menganggapbabi sebagai mixing vessel atau 'tempat pelbagai kuman bertakungsebelum diubah ke bentuk yang berbahaya.' Mengikut kajian itu jugavirus binatang yang biasanya tidak menjangkiti manusia akan bertukarmenjadi kuman yang berbahaya yang boleh menjangkiti dan membunuhmanusia, selepas melalui perubahan di dalam babi. Penemuan ini mampumemberi jawapan kepada punca empat wabak penyakit demam selesema fluyang menyerang dan membunuh jutaan manusia pada abad ini.


Ia bermuladengan serangan Spanish flu pada tahun 1918, diikuti dengan Asian flupada tahun 1957, Hong Kong flu 1968 dan Russian flu pada tahun 1977.Kajian-kajian oleh ahli-ahli sains menunjukkan kuman-kuman pembunuhini dikeluarkan oleh babi sebelum menjangkiti manusia sejagat,terutamanya wabak pada tahun 1918.


Tambahan dari itu, BBC News Online bertarikh 29 Oktober, 1999melaporkan virus babi menjadi punca berlakunya wabak yang paling terukdalam sejarah dunia moden pada tahun 1918. Ahli-ahli sains jugamendapati wabak yang menyerang Hong Kong baru-baru ini jugaberkemungkinan besar berpunca dari virus babi.


Mengikut Dr. Virginia Hinshaw, Dekan di Graduate School Universiti Wisconsin-Madison, virus sentiasa berubah kepada bentuk yang lain dan babi merupakan satu takungan yang mampu mengubah virus flu kepadabentuk yang lain itu.


Yang membimbangkan ialah, sistem pertahananmanusia tidak mampu menangkis serangan dari virus-virus ini.Tambahan dari itu, terdapat virus dari keluarga HIV yang wujud didalam babi. Virus ini di bawa oleh DNAnya dan ia tid€ak bolehdipisahkan. Profesor Robin Weiss, seorang pakar dalam bidang virologidari Institut Kajian Kanser, London berkata, " Babi mempunyai banyakkuman virus.


Salah satu masalah yang perlu kita hadapi ialah babimempunyai kuman retrovirus yang boleh menjangkiti manusia. Ia tidakdapat dibuang dari babi kerana ia dibawa oleh benih DNAnya. Retrovirusini adalah dari keluarga yang sama dengan kuman HIV."Babi Dengan Masalah Yang BerterusanSejak dari zaman dahulu lagi tokoh-tokoh tabib China dari Dinasti Tangdan Ming mengingatkan manusia tentang bahaya daging babi. Kemudianpada abad kedua puluh, terutamanya di sekitar tahun 50an, duniadikejutkan dengan cacing trichina dari babi yang menjadi penyebabkepada penyakit trichinusis.


Tidak ada ubat yang boleh membunuhnyaketika itu. Di Amerika, amaran terpaksa dikeluarkan tentang bahayamemakan daging babi, sebagai contoh, amaran yang dikeluarkan oleh Dr.Glen Shepard dalam Washington Post bertarikh 31 Mei 1952. Pada hariini, masalah trichinusis telah dapat diatasi namun timbul pulakuman-kuman baru seperti virus flu yang lebih berbahaya yang bolehmenyebabkan wabak yang membunuh di seluruh dunia.


Apabila Allah mengharamkan sesuatu, ia pastinya suatu yang keji dan memudaratkan.Nukilan,Dr. Danial bin Zainal Abidin (M.B.Ch.B., Universiti Alexandria)Beliau ialah Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy,Pengamal Perubatan selama 20 tahun,Motivator Radio Malaysia Pulau Pinang selama 10 tahun,Penulis 10 buah buku, Kolumnis Majalah-iPemudah Cara Pelbagai Korporat dan Institusi,Penasihat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa.

No comments:

Post a Comment